Saturday, 22 December 2012
Ciri-Ciri Silat
Silat Cekak Hanafi ialah sejenis silat bela diri yang benar-benar asli, bukannya sejenis silat permainan atau Silat Olahraga.
Silat Cekak Hanafi mempunyai kaedah-kaedah yang tetap dengan mempunyai buah-buah pukulan dan kunci-kunci tangkapan yang cukup dan kemas. Pergerakan dan sistem silat ini adalah berasaskan gerak geri semulajadi manusia yang berdasarkan fikiran yang sihat, jiwa yang tenang dan nyata kesesuaiannya dengan prinsip agama Islam.
Pelajarannya lebih menitikberatkan dari segi mempertahankan diri supaya terlatih dengan keberanian, bukan mengganas atau menceroboh. Hanya bila terpaksa demi keselamatan diri barulah Silat Cekak Hanafi menyerang.
Silat Cekak Hanafi menunggu serangan dengan berdiri lurus( berdiri sembahyang ) dan tidak mengelak ke kiri dan ke kanan bahkan mara ke hadapan di dalam gerak yang satu, makan gerak dalam gerak, sebab sebenarnya hakikat Silat Cekak Hanafi ialah Silat Gerak.
Yang paling istimewa dan ganjil sekali di dalam kaedah serangannya; dikala ia menyerang dan jika musuh mengelak, pasti kena dan sekiranya ditepis pula pasti dimakannya. Tambahan pula sambil menyerang ia dapat menangkap (Cekak menyerang, Cekak menangkap ).
Penuntut-penuntut menangkis pukulan dan tikaman senjata-senjata dengan tangan kosong sahaja. Matlamat Silat Cekak Hanafi ialah menangkis pukulan senjata-senjata sambil dapat merampas senjata lawan.
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN
Silat Cekak Hanafi diajar secara berpakej dan diajar sehingga tamat. Dalam kaedah biasa, pakej sehingga tamat silat ini dapat disempurnakan di dalam tempoh 6 bulan. Tempoh ini boleh diselaraskan dengan keperluan sesuatu kelas seperti di sekolah- sekolah atau di pusat-pusat pengajian tinggi. Selapas tamat, penuntut -penuntut boleh meningkatkan kemahiran secara bersendirian atau mengikuti kelas-kelas kemahiran yang diadakan dari masa ke semasa.
Sebagai silat yang berasaskan gerakan seni, maka ia tidak memerlu dan tidak menekankan keperluan kekuatan dan tenaga luar biasa untuk mengalahkan musuh.
Kaedah pembelajaran bersistematik dan tidak menerukkan diri dan membolehkan penuntut mempertahankan diri walaupun di tempat-tempat yang sempit seperti di atas papan sekeping.
PANTANG LARANG
Tidak menderhaka kepada guru
Tidak menderhaka kepada ibu
Tidak menderhaka kepada bapa
Tidak bergaduh sesama ahli
Tidak mencaci silat melayu asli yang lain.
BUAH SILAT
Terdapat 21 buah kesemuanya di dalam sistem pembelajaran Silat Cekak Hanafi. Kaedah asas dibahagi kepada 4 iaitu:
Kaedah A adalah diilhamkan daripada gerakan doa.Daripada kaedah doa ini maka lahirlah buah-buah pelajaran Silat Cekak Hanafi sebanyak 11 buah iaitu:
Buah Pertama,Buah Kilas Belakang,Buah Kidung Kiri,Buah Hentak,Buah Ali Patas Atas,Buah Ali Patah Sudah Pecahan Pertama,Buah Selendang,Buah Paras,Buah Keputusan Pasong Kemanga,Buah Luncur,Buah Siku Potong.
Kaedah B adalah diilhamkan dari gerakan Qiam dalam sembahyang.Daripada kaedah Qiam ini maka lahirlah buah-buah pelajaran Silat Cekak Hanafi sebanyak 5 buah iaitu:
Buah Keputusan Gayung Fatani,Buah Keputusan Sendeng Atas,Buah Kuntau Jatuh,Buah Gari,Buah Ali Patas Sudah Pecahan Kedua.
Kaedah C adalah diilhamkan dari gerakan rukuk dalam sembahyang.Daripada kaedah rukuk ini maka lahirlah buah-buah pelajaran Silat Cekak Hanafi sebanyak 3 iaitu:
Buah Kilas Hadapan,Buah Keputusan Terlak,Buah Keputusan Lintau
Kaedah D adalah diilhamkan oleh gerakan takbiratul ihram dalam sembahyang.Daripada gerakan itu maka lahirlah buah-buah pelajaran Silat Cekak hanafi sebanyak 1 iaitu:
Buah Hempok.
Senjata Rasmi Silat Cekak
Parang Lading
Lading adalah alat unik bermata satu yang telah berbakti kepada bangsa Melayu bukan sahaja sebagai alat pertanian, bahkan juga peperangan. Meskipun ia bermula sebagai alatan pertanian, namun kepelbagaian fungsi Lading menjadikan ia kegemaran kelompok tertentu.
Perkataan Lading wujud dalam kamus bahasa segelintir masyarakat Nusantara, antaranya masyarakat Banjar, atau masyarakat Kutai, yang menakrifkan Lading sebagai sejenis pisau. Namun begitu, tarikh sebenar bermula rekabentuknya Lading gagal dikesan. Apapun yang jelas, bentuk asas Lading sejajar dengan struktur asas parang biasa.
Huraian ini bertujuan menafsirkan penggunaan Lading sebagai senjata dan senjata ini secara umumnya ditakrifkan sebagai sejenis parang, yang terdiri dari tiga bahagian utama: Hulu, Bilah, dan Sarung.
Para pengkaji sejarah umumnya bersetuju Lading berasal dari Sumatera, Indonesia, dan penggunaan Lading berkembang ke sebarang Selat Melaka dan menemui tempat di Kedah, yang pada masa itu sebuah kerajaan trans-Melayu yang mempunyai pengaruh politik dan dagangan yang kuat dengan kerajaan Acheh.
Namun begitu, tidak semua beranggapan begitu, berdasarkan kepada fakta bahawa kerajaan Kedah antara kerajaan tertua di dunia, bahkan jauh lebih tua dari kerajaan Acheh. Wallahualam.
Gambar yang berikut adalah Lading buatan Sumatera:
Ketika Darurat menyelubungi Tanah Melayu dari 1948 hingga 1960, masyarakat Banjar menyatukan bangsa Melayu di Sungai Manik, Perak menentang ancaman Komunis. Kebangkitan di Sungai Manik adalah contoh peperangan gerila dan penggunaan Lading begitu menonjol dalam kempen yang digelar Perang Sabil, atau Perang Sungai Manik.
Di Tanah Melayu, Lading tidak terkenal sepertimana Keris. Bkan ia seringkali dikelirukan dengan sejenis alat lain, Kelewang, yang turut digunakan dengan meluas di Kedah dan Kelantan.Gambar yang berikut adalah Kelewang buatan Kelantan:
Lading Cekak
Membicarakan Lading Cekak, senjata ini mula menonjol di mata masyarakat moden bersama-sama Almarhum Ustaz Hanafi di kemuncak penubuhan Silat Cekak sebagai penerus tradisi pendekar Melayu Kedah.Gambar yang berikut adalah contoh Lading Cekak:
Lading Cekak mempunyai tiga bahagian yang unik:
-Ukuran
-Genggam, serta
-Mata bilah
Sejajar dengan falsafah persenjataan Nusantara, Lading juga dibuat mengikut rukun-rukun tertentu yang disesuaikan mengikut ukuran tubuh penggunanya. Setiap ukuran sejajar tersurat dengan makna-makna tertentu.
Ukurannya adalah seperti berikut:
Panjang parang ini adalah sama dengan jarak dari telinga kiri ke mata kanan atau dari telinga kanan ke mata kiri si pemakai.
Falsafahnya: Apa yang terlihat dan terdengar pasti kena. (Bahagian A)
Lebar parang di sebelah hulu adalah sama dengan lebar kuku ibu jari si pemakai. (Bahagian B)
Lebar di hujung parang ini adalah sama dengan panjang ibu jari si pemakai. (Bahagian C)
Panjang mata parang pula adalah sama dengan jarak diantara dua mata si pemakai. (Bahagian D)
Hulu parang ini mengambil bentuk tapak rusa dan dibuat dari tanduk kerbau Malau betina. (Bahagian E)
Gaya Genggam
Pengamal Silat Cekak diajar menggunakan genggaman terbalik, menyembunyikan senjata ini dibelakang tangan.Hulunya dibuat dengan rekabentuk ergonomik, menyelesakan penggunanya menggenggam senjata itu di kedua-dua belah tangan.Sebarang senjata,yang digenggam dengan cara terbalik, secara alami akan terjarak dari belakang tangan. Ini memaksa pergelangan bengkok ke bawah supaya bilah senjata kekal sejajar dengan belakang tangan.Namun rekabentuk Lading yang inovatif menangani masalah tersebut. Hulunya dibuat melencong dari tangan, manakala bilahnya melencong kearah tangan, kadangkala dalam segi yang tajam, lantas mengurangkan ketidakseimbangan Lading kepada kosong.Rekabentuk ini, dinamakan Lentik Pelepah Kelapa.
Bilah
Mata bilah Lading bukan sepanjang-panjang bilah tersebut. Mata yang tajam terletak dalam lingkungan beberapa sentimeter di hujung bilah. Innovasi ini membolehkan Lading berperanan bukan sahaja sebagai senjata memotong, bahkan turut menganjak fungsinya sebagai senjata perlindungan yang berkesan.Bahagian Lading yang tumpul boleh digunakan untuk mengilas serangan tangan atau kaki dengan menemukan bilah tersebut ke bahagian tangan atau kaki musuh. Disaat besi tumpul itu bertemu daging mangsa, gerakan yang melurut meletakkan tekanan yang kuat keatas bahagian tersebut, sehinggalah daging itu dicarik oleh bahagian Lading yang tajam.Apa yang terjadi adalah pemotongan yang dalam dan bersih sehingga ke tulang, dengan hanya mengaplikasikan gerakan singkat.Oleh kerana pengguna Lading tampak ‘tidak besenjata’, musuh seringkali dikejutkan dengan kilasan yang mapan yang memotong disaat-saat terakhir.
Penggunaannnya
Lading di tangan pengamal Silat Cekak digeruni kerana ia adalah tambahan kepada buah-buah persilatan tersebut. Oleh kerana dasar tempur Silat Cekak menggunapakai falsafah 99 peratus bertahan dan 1 peratus menyerang, Lading tidak digunakan untuk memulakan serang, tetapi untuk membalas serangan.
Wednesday, 28 November 2012
Majlis Ijazah Tamat, Potong dan Asas
Pada 26 November yang lalu, merupakan suatu tarikh yang amat bersejarah buat Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UPNM. Bertempat di Rumah Persatuan, seramai 24 orang ahli yang merupakan pengambilan pertama UPNM telah diijazahkan dengan ijazah tamat. Selain itu, seramai 13 orang ahli telah diijazahkan dengan ijazah potong. Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UPNM juga turut bebesar hati menerima seramai 45 orang ahli baru bagi ijazah asas. Keluarga SCUH UPNM telah bertambah besar dan insyaallah akan bertambah lagi dari semasa ke semasa. Tahniah diucapkan kepada semua...satu suara..satu hati..
Wednesday, 21 November 2012
Forum Seni Beladiri dalam Islam di UiTM Shah Alam
Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia UPNM telah dijemput untuk bersama dalam program Forum Seni Beladiri dalam Islam anjuran UiTM, Shah Alam pada 19 November 2012 yang lalu. Forum yang diadakan di Pusat Islam UiTM, Shah Alam bertemakan “Nyawaku, Maruahku, Tanggungjawabku”.Panel yang mewakili Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi adalah YM Syeikh DR. Hj Md Radzi bin Hj Hanafi sendiri selaku Pewaris Mutlak Silat Cekak dan dua orang lagi panel yang dikenali ramai, Ustaz Don Daniyal Biyajid, pendakwah bebas dan YBhg Dato’ Hj. Irmahizam Ibrahim, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia. Tahniah kepada ahli-ahli dari UPNM yang turut menyertai forum ini. Semoga sedikit sebanyak input dan ilmu dapat diperoleh daripada forum ini.
Sambutan Maal Hijrah dan Hari Tenaga Pengajar 1434H
Sambutan Maal Hijrah dan Hari Tenaga Pengajar 1435H telah diadakan di Dewan Institut Latihan DBKL Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur pada 17 November yang lalu.
Selamat Hari Tenaga Pengajar kepada semua jurulatih Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi terutama jurulatih SCUH UPNM .. you're the best !! Terima kasih atas segala ilmu & masa yang telah kalian curahkan :)) ♥ jurulatih sekalian...
Selamat Hari Tenaga Pengajar kepada semua jurulatih Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi terutama jurulatih SCUH UPNM .. you're the best !! Terima kasih atas segala ilmu & masa yang telah kalian curahkan :)) ♥ jurulatih sekalian...
Saturday, 17 November 2012
Program Santai Keluarga SCUH UPNM
Keluarga Besar SCUH UPNM |
Pada 3 November yang lalu, suatu program santai telah diadakan bertempat di Sungai Congkak, Hulu Langat. Program ini bertujuan untuk membina silaturahim antara ahli dan para jurulatih dan mengeratkan hubungan di samping dapat merehatkan minda daripada tekanan akademik.
Belum apa2 lagi da tido bang?? |
Kantoi curi makan!!! |
Bakar2 ayam.. |
Sukaneka..cari gula2 dlm tepung.. |
MasterChef Malaysia...Abg Maka.. |
Hukuman kpd kumpulan yg tewas dlm sukaneka...minum air special |
Apa yg membuatkan mereka terkejut??? |
Wajah keriangan selepas dapat mandi sungai |
Mentang2 la bwk spec.. |
Bergambar ramai2 |
Jurulatih2 turut mencuba nasib... |
Penat dan sejuk tapi puas.. |
Subscribe to:
Posts (Atom)