Powered By Blogger

Wednesday 28 November 2012

Majlis Ijazah Tamat, Potong dan Asas

Pada 26 November yang lalu, merupakan suatu tarikh yang amat bersejarah buat Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UPNM. Bertempat di Rumah Persatuan, seramai 24 orang ahli yang merupakan pengambilan pertama UPNM telah diijazahkan dengan ijazah tamat. Selain itu, seramai 13 orang ahli telah diijazahkan dengan ijazah potong. Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UPNM juga turut bebesar hati menerima seramai 45 orang ahli baru bagi ijazah asas. Keluarga SCUH UPNM telah bertambah besar dan insyaallah akan bertambah lagi dari semasa ke semasa. Tahniah diucapkan kepada semua...satu suara..satu hati..
























Wednesday 21 November 2012

Forum Seni Beladiri dalam Islam di UiTM Shah Alam


Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia UPNM telah dijemput untuk bersama dalam program Forum Seni Beladiri dalam Islam anjuran UiTM, Shah Alam pada 19 November 2012 yang lalu. Forum yang diadakan di Pusat Islam UiTM, Shah Alam bertemakan “Nyawaku, Maruahku, Tanggungjawabku”.Panel yang mewakili Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi adalah YM Syeikh DR. Hj Md Radzi bin Hj Hanafi sendiri selaku Pewaris Mutlak Silat Cekak dan dua orang lagi panel yang dikenali ramai, Ustaz Don Daniyal Biyajid, pendakwah bebas dan YBhg Dato’ Hj. Irmahizam Ibrahim, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia. Tahniah kepada ahli-ahli dari UPNM yang turut menyertai forum ini. Semoga sedikit sebanyak input dan ilmu dapat diperoleh daripada forum ini.













Sambutan Maal Hijrah dan Hari Tenaga Pengajar 1434H

Sambutan Maal Hijrah dan Hari Tenaga Pengajar 1435H telah diadakan di Dewan Institut Latihan DBKL Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur pada 17 November yang lalu.




Selamat Hari Tenaga Pengajar kepada semua jurulatih Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi terutama jurulatih SCUH UPNM .. you're the best !! Terima kasih atas segala ilmu & masa yang telah kalian curahkan :)) ♥ jurulatih sekalian...

Saturday 17 November 2012

Program Santai Keluarga SCUH UPNM


Keluarga Besar SCUH UPNM
Pada 3 November yang lalu, suatu program santai telah diadakan bertempat di Sungai Congkak, Hulu Langat. Program ini bertujuan untuk membina silaturahim antara ahli dan para jurulatih dan mengeratkan hubungan di samping dapat merehatkan minda daripada tekanan akademik.

Belum apa2 lagi da tido bang??


Kantoi curi makan!!!
Bakar2 ayam..
Sukaneka..cari gula2 dlm tepung..
MasterChef Malaysia...Abg Maka..
Hukuman kpd kumpulan yg tewas dlm sukaneka...minum air special
Apa yg membuatkan mereka terkejut???
Wajah keriangan selepas dapat mandi sungai

Mentang2 la bwk spec..
Bergambar ramai2
Jurulatih2 turut mencuba nasib...

Penat dan sejuk tapi puas..